Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd. Salleh berkata, kerjasama tersebut sebagai memantapkan kedudukan blok pembangkang khususnya dalam Parlimen dan tidak lebih daripada itu.

“Kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ada hikmahnya terutama untuk agama dan rakyat dan insya-Allah kepentingan dua perkara ini bakal menjadi kenyataan.

“Pas sentiasa menyokong perkara yang baik untuk kepentingan agama dan negara malah ia turut disebut dalam perlembagaan parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Nuridah bersama beberapa ahli jawatankuasa Muslimat Pas Pusat hadir buat kali pertama pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2018, selepas kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu mengumumkan jalinan kerjasama sebagai blok pembangkang. - UTUSAN ONLINE