Malah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking melihat penubuhan kereta nasional baharu itu bakal merancakkan lagi sektor automotif tempatan termasuk memberi manfaat kepada vendor-vendor Proton serta Perodua yang sedia ada.

Beliau juga memberi jaminan bahawa usaha mewujudkan kereta nasional baharu itu merupakan inisiatif swasta, sekali gus menepis dakwaan projek tersebut akan dibiayai kerajaan.

“Projek kereta ketiga ini juga dilihat mampu memberi peluang kepada orang tempatan untuk berkongsi inovasi dan kemahiran mereka.

“Pada masa sama, kita sentiasa pertahankan kereta nasional yang sedia ada,” katanya ketika menggulungkan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sesi sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas beberapa ahli Parlimen menyuarakan kerisauan sama ada perlindungan yang diberikan terhadap Proton dan Perodua akan terhapus dengan kehadiran syarikat kereta nasional ketiga.-UTUSAN ONLINE