Sehubungan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pendekatan-pendekatan berkenaan.

Menurutnya, Kementerian Kewangan menyambut baik pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada A- dengan unjuran stabil oleh Fitch Ratings pada 18 Julai lalu.

Jelasnya, keputusan untuk mengekalkan penarafan kredit kerajaan oleh Fitch Ratings menyusuli pengekalan yang sama oleh S&P Global Ratings pada 3 Julai lalu.

“Malaysia telah mengejutkan para skeptik yang menjangkakan penarafan kredit berdaulat negara akan diturunkan akibat beban hutang dan masalah salah tadbir urus yang berpunca daripada masalah legasi pentadbiran terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE