Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Himpunan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) negeri di Dewan 2020 di sini hari ini.

Baru-baru ini, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, mencadangkan Kerajaan Persekutuan supaya membuka semula zon aliran bebas di Pos Imigresen Wang Kelian, Padang Besar dekat sini.

Baginda bertitah, telah menyampaikan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan lawatan kerja ke negeri ini, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE