Pengerusi Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob berkata, kajian amat penting untuk mengembalikan fungsi sebenar sekiranya wujudnya kelemahan terhadap GLC terlibat.

"Yang penting sekali kena kaji apakah peranan sebenar GLC. Kalau ada kelemahan perbaikinya dan lihat semula peranannya.

"Bagi saya yang pernah menjadi Pengerusi Telekom, negara kita mempunyai pelbagai syarikat sama ada milik kerajaan atau swasta, tetapi hanya GLC sahaja yang mampu menggalas pelbagai tanggungjawab sosial korporat (CSR)," katanya ketika ditemui selepas Forum Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan tidak tolak kemungkinan untuk menerima cadangan supaya MAS ditutup bagi menangani masalah hutang yang ditanggung syarikat penerbangan negara itu.

Kata Dr. Mahathir, isu berkaitan dengan MAS itu disifatkan sebagai perkara yang sangat serius. - UTUSAN ONLINE