Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, antara cadangan syarikat itu termasuk mengurangkan kadar tol dan macam-macam lagi untuk memperbaiki lebuh raya berkenaan.

Beliau berkata, syarikat itu perlu mengenakan tol kerana tanpa kutipan tol, ia tidak boleh suntik dana semula bagi mengendalikan PLUS.

"Kita kaji, tengok cadangan dia, tapi sudah tentu dia kena ada tol, kalau tak ada tol, dia tak boleh beli, dia tak boleh suntik balik duit.

"Cadangan dia termasuk mengurangkan kadar tol dan dia nak buat macam-macam lagi nak memperbaiki jalan, jadi kita sedang timbang," katanya kepada pemberi selpas majlis perjumpaan bersama 1,500 pegawai kerajaan gred 41 hingga 48 di sini hari ini.

Sebelum ini Maju Holdings dilaporkan sudah beberapa kali membuat tawaran untuk mengambil alih PLUS namun tidak berjaya.

Terbaharu, syarikat itu menawarkan pengambilalihan dengan cadangan pengurangan kadar tol dari 25 hingga 36 peratus bergantung kepada tempoh lanjutan konsesi tol berkenaan, tetapi ditolak oleh kerajaan.

Dalam pada itu, mengulas cadangan Khazanah Holdings untuk mengambil alih 15 lebuh raya bertol, Perdana Menteri berkata, kerajaan belum membuat keputusan kerana perlukan dana yang besar untuk berbuat demikian.

"Masalah nak beli jika tak benarkan mereka kutip tol macam mana nak tampung dana yang digunakan untuk membeli lebuh raya berkenaan.

" Masalahnya untuk mengurus dan mengendalikan semua lebuh raya berkenaan memerlukan wang, sebelum ini wang diperolehi daripada kutipan tol.

" Tapi kita janji kepada rakyat untuk tidak kutip tol, tapi sekarang kita sedar bahawa jika nak ambil lebuh raya dan tak kenakan tol ia perlukan kos berbilion ringgit, dan ketika ini kita tan ada wang.

" Jika kita berupaya membeli, kita perlu peruntukan sejumlah besar duit untuk menguruskan lebih raya berkenaan. Rakyat perlu faham masalah yag dihadapi kerjaan," - UTUSAN ONLINE