Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan prihatin terhadap masalah perumahan generasi kedua Felda yang terbengkalai sekian lama tanpa pembelaan daripada kerajaan lama.

“Sebagai sebuah kerajaan yang peduli generasi baru Felda, kerajaan Pakatan Harapan bertekad untuk menyiapkan 4,794 unit rumah yang tahap kemajuannya 70 peratus dan ke atas.

“Untuk tujuan ini, kerajaan meluluskan sebanyak RM250 juta bagi tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih pemulihan Felda di Dewan Rakyat hari ini.- UTUSAN ONLINE