Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dasar yang diamalkan itu juga menjadikan kepemimpinan kerajaan diterima rakyat negara ini yang menganut pelbagai agama.



“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu membuat perhitungan tepat kerana dalam Islam soal kepemimpinan dan pemerintahan tidak boleh dipisahkan.



“Kita lihat keadaan di beberapa negara Islam yang keadaannya terancam.

"Baru-baru ini kita menerima kumpulan kedua pelarian dari Syria seramai 3,000 orang kerana kita boleh sediakan bantuan,” katanya ada majlis penyerahan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau di Parlimen Pekan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE