Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Najmi Ahmad berkata, kenyataan itu dipercayau dijadikan 'peluru' untuk membangkitkan amarah orang Melayu sebelum mereka menilai sejauh mana tahap berfikir dan sensitiviti kaum tersebut.

Menurut bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sejak akhir-akhir ini, beliau melihat golongan seperti itu seperti ghairah memilih perkara-perkara teras kepada kekuatan Melayu dan Islam untuk dijadikan sasaran.

“Respon pantas daripada eksperimen sebegini membolehkan mereka mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat tentang apa yang boleh dan tidak, sebelum melancarkan serangan akhir menawan Malaysia dari sudut kuasa politik, ekonomi, budaya dan lain-lain.

“Dalam keadaan sekarang, tanpa kita sedar serangan yang dilakukan secara jelas menunjukkan kuasa politik Islam dan Melayu kini telah berada dalam zon bahaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yew Yin menerusi tulisan dalam laman blog kendaliannya menggesan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan beliau terlalu besar.

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu semalam, menarik balik kenyataannya yang mendakwa anggota tentera hanya makan dan tidur selain membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini.

Sementara itu, Najmi berkata, kenyataan menghina tersebut menampakkan belang sebenar mereka sebagai individu yang tidak mengenang jasa para perajurit serta wira negara. -UTUSAN ONLINE