Acara itu berlangsung sejak Ahad lalu di Dewan Perbandaran Seremban di sini.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd. Yusoff berkata, seba­nyak 28 peserta yang mewakili setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan telah mengambil bahagian dalam acara tilawah manakala 79 orang menyertai acara menghafaz al-Quran.

Katanya, peserta telah dinilai oleh 16 hakim bagi acara tilawah dan 17 hakim bagi acara menghafaz al-Quran.

“Buat julung kalinya, barisan hakim tilawah turut dianggotai seorang wanita iaitu juara qariah peringkat antarabangsa pada tahun 1993, 1994 dan 2002 Umi Kalthom Mohd. Zain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, ayat-ayat al-Quran yang dipilih oleh pihak penganjur untuk diperdengarkan oleh peserta telah disesuaikan dengan tema majlis tilawah pada tahun ini iaitu ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’.

Jelasnya, tema itu membawa makna yang amat besar kerana al-Quran bukan saja membawa manfaat kepada manusia tetapi kepada alam keseluruhannya.

“Pihak penganjur juga gembira kerana sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Mereka termasuk pelajar sekolah dan institusi pendidikan lain telah datang setiap hari sama untuk mendengar bacaan setiap peserta,” ujarnya.