Dua beradik itu, Zanatul Nor Afini Mohd. Nor, 15, dan abangnya Mohamad Idham, 20, menyambut Aidilfitri dalam suasana yang amat sedih apabila ibu mereka, Zabedah Hashim, 58, koma sejak tahun 2015.

Sejak itu, dua beradik itu dengan bantuan bapa saudara mereka menguruskan ibu mereka yang terlantar tidak sedarkan diri. Ibu dan ayah mereka berpisah sejak 10 tahun lalu. 

Sementara itu, Presiden Kemudi, Azran Fitri Abdul Rahim berkata, ini merupakan kali pertama pengamal media negeri ini menyambut 1 Syawal bersama golongan yang kurang berkemampuan.

"Secara jujurnya kami seronok apabila mengembirakan golongan yang memerlukan pada pagi Aidilfitri. 

"Bagi saya dan kawan-kawan (wartawan) ini merupakan pengalaman baharu dan ia sesuatu yang menyentuh hati kami semua," katanya di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan.

Dalam kunjungan tersebut Alam Flora turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan serta wang tunai bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Zain memberitahu, pihaknya amat teruja dapat berkongsi kegembiraan lebaran bersama dua beradik tersebut.

Katanya, beliau berharap usaha yang dilakukan itu dapat memberikan kegembiraan kepada mereka.

"Saya mendoakan semoga ibu mereka cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa," ujarnya. - UTUSAN ONLINE