Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching bagaimanapun mengakui akan berlaku pengurangan pekerja tetapi jumlahnya lebih rendah daripada 45,000 orang.

Katanya, pengurangan pekerja kontraktor pembersihan itu adalah disebabkan penukaran formula pengiraan yang kini berasaskan kepada kawasan berbanding bilangan pendaftaran murid sebelum ini.

“Saya tidak dapat memberikan jumlah yang tepat berhubung pengurangan pekerja kontraktor namun yang pasti ia bukanlah 45,000.

“Namun, kita akan cuba mendapatkan bajet tambahan RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pekerja kontrak melibatkan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara,” katanya. - BERNAMA