Pengarah Kemas negeri, Dr. Faridah Mat berkata, pelbagai kursus dianjurkan oleh Kemas Terengganu bagi menambah ilmu pengetahuan dan pendapatan mereka yang berpendapatan rendah terutama golongan belia, bu tunggal dan suri rumah.

"Antaranya 109 program pembangunan komuniti dan 176 program pendidikan kemahiran seperti pendidikan kesejahteraan keluarga, kelas kemahiran masakan, jahitan, komputer, dandanan diri dan seni tangan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada Utusan Malaysia sempena Majlis Perasmian Penutup dan Penyerahan Kit Kursus Quick Win, Penyerahan Kelulusan Geran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Kemaman Fasa 2 dan Penyerahan Program Penambahan Pendapatan Kemas Daerah Kemaman Tahun 2019 di sini semalam.

Majlis itu dihadiri seramai 30 orang peserta kursus Quick Win anjuran Pejabat Kemas Parlimen Kemaman dan kursus tiga hari itu antaranya merangkumi bidang bakeri, pastri dan jahitan.

Selain itu sebanyak 31 MPKK menerima surat kelulusan geran bernilai RM310,000 bagi mengurus program kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu dalam ucapan, Dr. Faridah berkata, Kemas Terengganu turut mendapat peruntukan untuk membina sebuah Kompleks Tadika bernilai RM1.8 juta yang dilengkapi tempat riadah dan bilik makan yang lebih kondusif.

Selain itu jelasnya, kompleks itu juga mempunyai enam bilik yang akan dibangunkan di kawasan Parlimen Kuala Nerus sekali gus menjadi kompleks tadika kedua di negara ini selepas Selangor. kursus dalam siri terdahulu sudahpun membuktikan dengan kemahiran yang diberi mampu mengubah kehidupan mereka menjadi bertambah baik. - UTUSAN ONLINE