Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azhar Ahmad berkata, penangguhan pembayaran itu akan diberi berdasarkan kes dan kesukaran yang dialami usahawan ekoran bencana tersebut.

Katanya, langkah itu bertujuan meringankan beban kewangan mereka ekoran perniagaan terjejas akibat banjir yang melanda di beberapa negeri ketika ini antaranya Kelantan dan Terengganu.

“Usahawan yang terlibat dan inginkan menangguhkan pembayaran perlu memaklumkan terlebih dahulu masalah mereka kepada PUNB.

“Penangguhan ini pernah kita tawarkan kepada mangsa banjir di Kelantan tahun lalu dan Pulau Pinang baru-baru ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Eksklusif Bersama CEO PUNB dan Usahawan Nogori di MAG Auto Garage di Senawang di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan MAG Auto Garage, Zamani Baharom dan Pegawai Perhubungan Korporat dan Pemasaran Antarabangsa syarikat itu, Dr. Azlina Ahmad.

Dalam majlis itu, Azhar turut menyampaikan sijil kepada lapan peserta yang mengikuti Program Sijil Kemahiran Automotif Sistem Latihan Dual Nasional Tahap 1 di bengkel milik syarikat tersebut. - UTUSAN ONLINE