Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 9 Ogos ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, malah semua kos pengangkutan termasuk penginapan serta makan dan minum Kit Siang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri ini.

Beliau berkata, pemimpin veteran DAP itu juga boleh membawa pembantu seberapa yang diperlukan bagi membantu beliau untuk berhadapan dengan Zakir kerana

pendakwah itu mampu berhujah sehingga enam jam.

"Bermula 7 Ogos sehingga 10 Ogos kita akan mengadakan program Jelajah Zakir Naik 2019 di negeri ini. Kita jemput Kit Siang mari ke Kelantan pada 9 Ogos ketika Zakir menyampaikan pidatonya pada malam tersebut.

"Kalau rasa Zakir ini jahat sangat, dia (Kit Siang) mari berhujah biar semua tahu siapa yang benar," katanya ketika menyampaikan Ceramah Pasca Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) & Parlimen dan Jerayawara Dr Zakir Naik peringkat Tumpat di tapak pasar malam Kampung Kebakat, Wakaf Bharu di sini malam tadi.

Kelmarin Kit Siang dalam blognya bersetuju dengan saranan penulis Anas Zubedy agar Dr Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan Dr. Zakir perlu meninggalkan negara ini secara sukarela kerana kehadirannya di negara ini boleh mencetuskan

ketidakstabilan selain mencetuskan ketidakharmonian dalam `keluarga' besar Malaysia.

Mengulas lanjut, Che Abdullah yang juga Pengarah Program Jelajah Zakir Naik 2019 berkata, pihaknya menyeru seluruh rakyat di negeri ini supaya hadir beramai-ramai pada malam tersebut bagi menunjukkan solidariti bersama dan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghadapi tekanan daripada sekutunya dalam Pakatana Harapan (PH) supaya menghantar pendakwah tersebut pulang ke negara asalnya.

"Alhamdulillah Dr. Mahathir tidak menghantar balik Zakir walaupun dia kata dia serba salah tetapi dia tidak hantar balik. Keputusan Dr. Mahatir membenarkan Zakir untuk terus berada di Malaysia ini mendapat tekanan daripada rakan-rakan dalam kerajaan beliau sendiri, PH.

"Kalau kita lihat ini mnasalah apa, Zakir buat apa kesalahan, beliau hanya berhujah tetapi ini adalah satu kebencian agama yang ditunjukan oleh pemimpin DAP terhadap pendakwah Islam ini.

"Sebagai seorang pendakwah agung kita perlu dipertahankan dan Dr mahathir sendiri perlu diberikan kekuatan dan sokongan supaya mempertahankan Zakir," katanya. - UTUSAN ONLINE