Sudahlah hilang tempat ber­gantung selepas ketiadaan sua­mi, ibu tunggal berkenaan selaku ketua keluarga berdepan pula dengan bebanan kewangan.

NORHAYATI YAZIN
NORHAYATI YAZIN

Kehidupan mereka kini se­olah-olah mengulangi pengalaman kali pertama menyertai ta­nah rancangan berkenaan kira-kira 40 tahun lalu apabila ber­depan senario hampir serupa.

Seorang ibu tunggal dari Felda Tekam Utara di sini, Norha­yati Yazin, 56, berkata, dia semakin terbeban untuk me­nguruskan perbelanjaan sejak kejatuhan harga kelapa sawit dengan cuma memperoleh purata pendapatan bulanan bawah RM1,000.

“Saya dan anak-anak terpaksa mengikat perut dengan ha­nya membeli keper­luan yang penting. Belanja barang dapur, persekolahan, bil utiliti dan perubatan sudah melebihi pendapatan bulanan,” katanya di sini hari ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, dia pernah diajak oleh rakannya bekerja di luar tanah rancangan itu tetapi menolaknya kerana kesihatannya tidak mengizinkan selain tidak pandai menunggang motosikal.

NORHUDA HASSAN
NORHUDA HASSAN

Sementara itu, seorang ibu tunggal dari Felda Kota Gelanggi 4 di sini, Norhuda Hassan, 61, berkata, selain harga kelapa sawit yang tidak menentu, dia tidak lagi menerima sebarang bentuk bantuan daripada Felda sejak tahun lalu.

“Sekiranya tidak ada bantuan lain, kerajaan diharap dapat menetapkan harga kelapa sawit yang lebih baik supaya kehidupan peneroka termasuk ibu tunggal lebih selesa seperti sebelum ini,” katanya.