Seorang pemilik akaun Twitter, Elida Bustaman yang memuat naik status dalam laman akaun media sosialnya berkenaan perkara itu menerima maklum balas sama daripada warga maya yang memberi komen kepada status tersebut.

“Saya nak support (sokong) tapi ‘Visit Truly Asia Malaysia 2020’ itu triggers my inner grammar Nazi (mencetuskan sisi ‘Nazi’ tatabahasa saya.).

“Who else is bothered by the weird text placement? (Siapa lagi yang terganggu oleh peletakan teks yang pelik?)” katanya.

Status itu telah menerima 830 ulang kicau dan 1,075 tanda suka setakat ini.

Rata-rata pengguna Twitter lain yang memberi komen kepada status itu bersetuju dengan status tersebut.

Ramai berpendapat teks tersebut sepatutnya ‘Visit Malaysia Truly Asia’, bukan seperti yang terletak dalam logo tersebut yang menyebut ‘Visit Truly Asia Malaysia’. - UTUSAN ONLINE