AZMAN NASRUDIN
AZMAN NASRUDIN 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Azman Nasrudin berkata, pihaknya sehingga kini juga tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada mana-mana syarikat untuk tujuan tersebut.

“Pihak pengimport yang ingin membawa masuk benih guarana tersebut perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Ini bermakna, sekiranya tanaman guarana hendak diusaha atau dikembangkan di Kedah khususnya, kebenaran dari jabatan dan agensi yang berkaitan perlu diperolehi terlebih dahulu terutamanya mengenai kemasukan benih dari luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai kebimbangan ratusan petani yang dipercayai menjadi mangsa penipuan individu yang bergelar ‘Datuk’ menerusi tawaran membangunkan projek tanaman guarana.

Bagaimanapun, syarikat yang terbabit dalam membawa masuk biji benih guarana, Ritz Corporate Holding Berhad menjelaskan penipuan itu tidak berlaku namun mengakui terdapat kes pihak yang menyamar sebagai ejen syarikat tersebut dan mengambil wang daripada petani.

Malah, syarikat yang membawa tanaman guarana yang berasal dari Brazil itu turut menjanjikan pulangan yang lumayan iaitu kira-kira RM150 sekilogram. - UTUSAN ONLINE