Program bertemakan ‘Transformasi Pendidikan Abad Ke-21’ yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan negeri itu bermula tahun 2005 dan kali ini mendapat penyertaan sebanyak 80 pempamer terdiri daripada jabatan kerajaan dan agensi swasta.

Majlis perasmian karnival itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Seri Md. Yunos Husin yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sukan dan Anti Dadah negeri, Datuk Ng Choon Koon dan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Rashid Sidek.

Karnival Pendidikan Melaka 2018 menyediakan pelbagai program antaranya gerai jualan, maklumat kerjaya dan pertandingan kebudayaan membabitkan peserta pelajar sekolah.

Idris dalam teks ucapan perasmiannya berkata, penganjuran saban tahun karnival ini selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan pelajar dan kakitangan jabatan pendidikan yang gigih berusaha dalam pelbagai bidang. - UTUSAN ONLINE