Kapal pengangkut SS Iron Crown karam selepas ditembak dengan torpedo pada 4 Jun 1942 di kawasan perairan selatan Australia berhampiran negeri Victoria.

Kapal tersebut karam dalam tempoh 60 saat, menyaksikan 38 daripada 43 anak kapal terkorban.

Para saintis mengesan kedudukan kapal tersebut pada kedalaman 700 meter di dasar laut. – AFP