Mangsa, Mohd Shafiq Abdul Halim, 12,

ditemukan kira-kira pukul 6 petang selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh pihak berkuasa serta penduduk kampung di situ.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa bersama tiga rakannya telah bersiar-siar di kawasan itu sebelum Mohd. Shafiq dikatakan terjatuh ke dalam kolam di lokasi berhampiran kuari berkenaan.

Katanya, berikutan itu, rakan-rakan mangsa telah meminta pertolongan penduduk kampung bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

"Mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 6 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. Pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia setelah lebih kurang sejam melakukan proses menyelamatkan mangsa.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa telah tergelincir ke kolam ketika melalui kawasan kuari itu," katanya.- UTUSAN ONLINE