Channel News Asia melaporkan, kerajaan Malaysia sebelum ini menyatakan untuk memulangkan semula kira-kira 3,000 tan sisa buangan bahan plastik ke 14 negara termasuk Kanada, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Perancis, Australia dan Britain.

Menerusi satu email yang dihantar kepada Reuters, jurucakap Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada, Gabrielle Lamontage berkata, Ottawa setakat ini tidak mempunyai perancangan untuk mengambil semula sampah sarap berkenaan dari Malaysia.

Jelasnya, Kanada tidak menerima sebarang maklumat mengenai penghantaran sisa buangan dari negara ini ke Malaysia dan kementerian sudah menghubungi Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut. – AGENSI