Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, ia tidak boleh dimuatkan dalam sukatan pelajaran subjek Bahasa Melayu.

“Ini kerana ia tiada kaitan kangsung dengan bahasa Melayu dari segi sistem bahasa dan linguistik.

“Untuk kaligrafi Cina misalnya, ia hendaklah dijadikan sebahagian daripada sukatan pelajaran subjek Bahasa Cina. Kalau ia dalam bentuk satu dua rencana kefahaman, itu boleh diterima,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE