Bayi itu ditemukan seorang lelaki berusia 30 tahun pukul 6.15 pagi ini ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusuf Ali berkata, lelaki berkenaan memaklumkan dia melihat bungkusan kain batik di hadapan pintu pagar rumahnya sewaktu keluar untuk mengambil beg sekolah anaknya yang tertinggal di dalam kereta.

Beliau berkata, selepas membuat pemeriksaan, lelaki berkenaan mendapati terdapat seornag bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan berada dalam bungkusan kain berkenaan.

"Lelaki itu juga menjumpai sekeping nota yang ditinggal bersama bayi yang tertulis "Assalamualaikum kak tolong jaga anak ini. Saya tidak mampu tolong yek kak”.

"Selepas itu, pengadu membawa bayi tersebut ke Balai Polis Jaya Gading untuk tindakan pihak polis," katanya di sini hari ini.

Mohd. Noor berkata, bayi perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membuat pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan, doktor mendapati bayi perempuan tersebut berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi.- UTUSAN ONLINE