Justeru, Maszlee berkata Kementerian Pendidikan akan mengadakan perbincangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof bagi membincangkan perkara itu dalam masa terdekat.

“Memandangkan pusat tahfiz dikendalikan pihak swasta, KPM berpandangan bahawa kerjasama semua agensi penting bagi menangani kes salah laku seks di pusat tahfiz,” kata Maszlee dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan seorang pengetua pusat tahfiz di Kepong di sini ditahan polis baru-baru ini selepas disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan pelajarnya berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lepas.

Lelaki awal 30-an itu telah didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya pada Rabu lepas. - BERNAMA