Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Zaini Hussin berkata, daripada jumlah itu, empat pesakit masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 48 pesakit lagi ditempatkan di wad biasa.

Katanya, tiga daripada empat pesakit kritikal terbabit ditempatkan di ICU Hospital Kuala Krai manakala seorang lagi berada di ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

“Seramai 19 pesakit ditempatkan di Rumah Inap Orang Asli (RIKA) Hospital Gua Musang dan 41 lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Zaini juga memberitahu, setakat ini statistik kematian Orang Asli direkodkan pihaknya kekal dua orang (kematian yang dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa), tidak termasuk baki 12 mangsa lagi yang tidak dilaporkan. - UTUSAN ONLINE