JPA dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menghubungi dan menziarahi keluarga pelajar terbabit dan menguruskan pemergian mereka ke London, dijangka berlepas esok.

“Selain itu, Pejabat Penasihat Latihan (PPL) JPA di London dengan kerjasama pihak Konsular Suruhanjaya Tinggi Malaysia London akan membantu dari segi urusan keluarga dan pengurusan jenazah pelajar tersebut.

“Pihak JPA juga ingin memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan arwah dan keluarganya diberikan kesejahteraan dan ketenangan. Al-Fatihah,” jelasnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut laporan dailymail.com.uk, mayat seorang lelaki ditemui dalam tasik di Hyde Park dan polis menyifatkan kes itu sebagai kematian yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

Allahyarham merupakan anak Pengarang Bersekutu Malay Mail, Zainal Epi. - UTUSAN ONLINE