Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, melihat kepada sejarah Utusan Malaysia serta jasanya terhadap pembangunan orang Melayu, syarikat itu perlu dibantu oleh setiap golongan itu di negara ini.

“Syarikat korporat Melayu juga perlu mereka dengan membeli iklan bagi membantu khazanah negara ini akan terus diterbitkan sampai bila-bila. Sekiranya ini berlaku pada akhbar Cina, pasti banyak orang kaya mereka yang bantu, tetapi sebaliknya berlaku apabila berlaku pada akhbar kita.

“Oleh itu saya berharap dengan kempen kita untuk membeli kedua-dua akhbar ini dengan jumlah harga RM3.50 dapat membantu krisis kewangan dihadapi disamping membela nasib kira-kira 800 pekerja di bawahnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE