Bacaan IPU tertinggi disusuli daerah Sri Aman (Sarawak) dan Batu Muda (Kuala Lumpur) yang masing-masing mencatat 190 dan 162.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 18 kawasan di seluruh negara masih mencatatkan IPU tidak sihat sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, Kuching dan Samarahan yang mencatatkan IPU sangat tidak sihat (di atas 200) semalam hari ini mula pulih apabila masing-masing mencatatkan IPU 142 dan 120.

Kawasan lain yang masih mencatatkan IPU tidak sihat adalah Johan Setia Klang (161); Cheras (155); Nilai (148); Petaling Jaya (144); Putrajaya (142); Shah Alam (134); Banting (123); Seremban (119); Klang(118); Tangkak (113); Bukit Rambai (104); Alor Gajah (103) dan Port Dickson (103). - UTUSAN ONLINE