Portal berita Maan News melaporkan, Duta Jepun ke Lebanon, Matahiro Yamaguchi berkata, sebahagian daripada jumlah sumbangan tersebut akan digunakan membantu pelarian Palestin di Lebanon menerusi pelbagai projek berkaitan kesihatan, bekalan air dan pengurusan sisa pepejal.

Selain itu, sumbangan tersebut turut digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh UNRWA. - AGENSI