TAHAR PILUS
TAHAR PILUS 

Pengarah Operasi Perkhidmatan Maktab Haji, Datuk Tahar Pilus berkata, jemaah perlu mengamalkan nilai-nilai kendiri iaitu tidak terlalu mengharapkan kepada orang lain dalam meneruskan kehidupan sepanjang berada di tanah suci.

“Misalnya, dalam keadaan cuaca di Mekah yang agak panas ketika ini iaitu dalam linkungan dari 40 hingga 50 darjah Celsius, maka jemaah perlu menjaga kesihatan diri sendiri seperti banyak minum air dan tidak terlalu terdedah kepada cuaca tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di sini bagi menyambut ketikaan jemaah haji pertama dari Madinah, Tahar berkata, persediaan menyambut jemaah KT01 yang dijangka tiba pada pukul 1 petang (waktu tempatan) itu kini telah 100 peratus siap. - UTUSAN ONLINE