ISMAIL SABRI YAAKOB

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah.

Menurut beliau, Kementerian Wilayah sepatutnya membantu dan mengambil langkah menaik taraf dan mendaftarkan pusat tahfiz terbabit.

“Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan PH gagal menjaga kepentingan umat Islam di negara yang agama rasminya adalah Islam. Ini bukan isu politik kepartian. Ini bukan soal agama semata-mata, tetapi lebih kepada soal hak mendapat pendidikan rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, ia juga berkaitan kebajikan anak-anak tahfiz yang akan kehilangan tempat pembelajaran mereka. Keputusan ini sangat mengecewakan. Sepatutnya membantu dan mengambil langkah menaik­taraf serta mendaftarkan pusat-pusat tahfiz terbabit,” katanya dalam satu kenya­taan di sini, hari ini

Beliau mengulas ke­nya­taan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad yang berkata, tindakan secara menyeluruh akan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada mana-mana pusat tahfiz yang masih belum berdaftar dengan kerajaan dan giat beroperasi secara haram.

Tindakan tersebut adalah susulan kes sebuah pusat tahfiz tidak berdaftar yang terpalit kontroversi kes liwat pelajar di Kepong di sini, baru-baru ini.