Jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan kerana perkara itu hanya melibatkan seni bukannya berkaitan agama.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata,

beliau melihat pihak-pihak yang tidak menyokong pelaksanaan itu sebenarnya sudah tersalah faham dan gagal memahami seni khat yang disifatkan cukup indah.

"Penggunaan seni khat di dalam buku teks lebih merujuk kepada pengenalan seni dan budaya tulisan malah ia tidak langsung menyentuh sebarang isu atau sentimen agama.

"Tulisan Jawi atau seni khat itu bukanlah sesuatu perkara asas utama kepada ajaran Islam meskipun rakyat bukan Islam memandang dua perkara itu (seni khat dan ajaran Islam) begitu sinonim dengan agama Islam.

"Ramai yang salah faham walhal seni khat tidak menggambarkan ajaran Islam secara langsung kepada umum," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keresahan masyarakat Tionghoa berhubung keputusan kerajaan yang tetap akan melaksanakan pengenalan tulisan khat dan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 bermula tahun depan.

Pendirian kerajaan itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sebalik bantahan pihak tertentu berhubung perkara itu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan ahli perniagaan, Tan Sri Lee Kim Yew yang menghina bendera Malaysia di dalam status Facebooknya semalam, Hashim berkata, tindakan itu hanya boleh mengeruhkan lagi keadaan dan keharmonian di negara ini.- UTUSAN ONLINE