Seperti yang saya selalu tegaskan, tugas utama angkatan tentera adalah untuk mempertahankan tanah air dan warganya.

Kenyataan Koon Yew Yin (ahli perniagaan) bahawa "....anggota tentera kita tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur," bukan sahaja memperlekehkan peranan tentera tetapi tidak benar sama sekali.

Saya mengambil maklum kenyataan maafnya semalam. Cadangan untuk menggunakan tentera kita untuk tujuan politik atau tujuan lain hendaklah ditolak dengan tegas.

Negara ini tidak memerlukan idea-idea yang mengarut, dan tidak berasas tentang cara Angkatan Tentera beroperasi.

Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah dasar yang bijak dan sokongan masyarakat untuk mengekalkan dan meningkatkan profesionalisme mereka; serta memastikan kebajikan anggota tentera yang menjaga keselamatan negara kita.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Ahli Parlimen Setiawangsa

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.