Menurutnya, ini kerana tugas menyampaikan dakwah tidak boleh dilakukan seorang diri sebaliknya perlu dilakukan secara berjemaah.

“Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.

“Kalau kita tidak boleh sampaikan dakwah kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya tanpa halangan.

“Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah. Dah lah kita ini malas pergi mencari ilmu,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya semalam.

Walaupun tidak mengaitkan status tersebut dengan sebarang isu namun kenyataan itu dikeluarkan ketika kontroversi melibatkan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

Adam yang telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 memberitahu beliau berada dalam kegelapan sebelum memeluk Islam dan mahu berkongsi keindahan Islam. -UTUSAN ONLINE