ASYRAF WAJDI

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki berkata, kebebasan dan hak asasi manusia dalam acuan negara ini mempunyai sempadan dan batasan yang perlu dipatuhi dan ia bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak.
 Malah katanya, tindakan membuka ruang dan membiarkan perlakuan golongan itu dilihat akan mengganggu struktur asas masyarakat yang te­lah dibina selama ini.
 ‘‘Kita sama sekali tidak mengiktiraf definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia dan kebebasan berkait golongan berkenaan. Bagi kita hak asasi manusia tidak boleh mutlak, ia tidak boleh bersifat seluas-luasnya dan sebebas-bebasnya.
 “Malah agama mana-mana pun menentang perlakuan songsang seperti ini. Selama ini, kita hidup dalam harmoni dan stabil dengan berpegang teguh kepada prinsip dan norma kehidupan dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis tahlil sempena program Aspirasi Akar Umbi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang di sini hari ini.
 Menurut Asyraf Wajdi, tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada juga perlu diambil terhadap golongan berkenaan yang menyertai perarakan di Kuala Lumpur, semalam.