Malah, penubuhan unit tersebut juga perlu bebas dan tidak dipengaruhi apa jua pengaruh politik atau campur tangan daripada mana-mana pihak.

Penegasan tersebut dibuat Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya yang menggesa tindakan tegas terhadap pesalah dapat dikenakan dengan sewajarnya.

“Jakim perlu lebih proaktif dan bergerak bekerjasama dengan NGO Islam supaya pemantauan lebih efektif di samping Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Tindakan selanjutnya terhadap pesalah juga bukan diserah kepada Peguam Negara semata-mata yang kita ketahui tidak begitu sensitif dalam soal seperti ini,” katanya ketika di hubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau mengulas penubuhan unit pemantau di bawah Jakim bagi mengawasi penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial. - UTUSAN ONLINE