Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha) hari ini memperkenalkan program Lanjutan Jaminan yang mana tempoh jaminan setiap pembelian motosikal dilanjutkan dari setahun kepada dua tahun.

Hong Leong Yamaha dalam satu kenyataan memaklumkan, program tersebut membenarkan tempoh jaminan sehingga dua tahun atau 20,000 kikometer atau yang mana dahulu.

Program berkenaan hanya layak untuk motosikal yang didaftarkan pada dan selepas 1 Julai 2019. - UTUSAN ONLINE