MRCBGK dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan jalan akan dibuat di Jalan Bridge 21/64, Kampung Sungai Kayu Ara bermula 17 Jun hingga 15 September dari pukul 10 malam hingga 6 pagi.

“Penutupan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat yang mana kerja-kerja di peringkat dua dan tiga akan dilakukan selepas peringkat pertama siap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE