Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kehadiran dalam mesyuarat sama ada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik PKR adalah lebih penting berbanding mengenai isu kiriman surat.

"Jadi kunci perkara ini adalah berapa surat dihantar, ianya satu. Adakah sudah dijawab? Sudah.

"Jadi tidak kira siapa jawab surat itu, perkara itu dianggap remah. Perkara besar adalah hadir mesyuarat. Apakah sudah tahu tarikh mesyuarat? Sudah iaitu Biro Politik pada setiap Rabu 8.30 malam dan MPP pula pada Ahad minggu terakhir setiap bulan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Food Bank Master Malaysia 2019 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE