Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon berkata, buat masa ini pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu kemudian,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Terdahulu, penerbit dan pelakon, Eizlan Yusof mengadakan sidang akhbar memohon supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan pertikaian kenyataan yang menafikan anaknya.

Eizlan Yusof atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof, 48, berkata, kenyataan polis yang menafikan penglibatan Zareef, 9, dalam kemalangan berkenaan telah memberi impak negatif dan pandangan serong terhadapnya. -UTUSAN ONLINE