Menteri Peru­mahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah berkenaan ba­gi membantu go­longan terbabit da­lam menangani isu pemilikan rumah.

“Inisiatif kepa­da kumpulan M40 sebenar­nya diperluaskan daripada program B40 cuma, M40 ini ada dua kategori iaitu atasan dan bawahan yang membabitkan kategori berpendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 seterusnya RM5,000 hingga RM10,000. 

ZURAIDA KAMARUDDIN
ZURAIDA KAMARUDDIN 

“Oleh itu kita akan lihat bagaimana untuk membantu mereka dengan rumah mampu milik berdasarkan pendapatan dan sebagai­nya,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup kempen global #KitaSemuaMaryam, di sini hari ini.

Pada 7 Mac lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumum akan memperke­nalkan inisia­tif atau skim khas bagi memudahkan golongan per­tengahan atau se­derhana (M40) me­miliki kediaman sendiri. 

Menurut Zuraida, pihak kementerian kini dalam pro­ses merangka inisiatif ber­ke­na­an dan akan mendapat­kan kerjasama da­ripada be­­be­ra­pa agensi ber­kaitan. 

Beliau dipetik berkata, kerajaan bukan saja prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah (B40), tetapi golongan M40 yang dilihat turut berdepan dengan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.