CNN Indonesia yang memetik Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Dwikorita Karnawati sebagai berkata, berdasarkan pemantauan menerusi Satelit Himawari-8, milik Jepun dan Satelit Sentinel milik Eropah, jerebu yang dikesan di Malaysia adalah tidak berpunca dari wilayah Sumatera.

Beliau menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menghalang jerebu dari wilayah itu merentasi sempandan dan memasuki Malaysia seperti yang didakwa media asing sebelum ini.

Antaranya kata beliau, berdasarkan data yang dikumpul daripada satelit dari 5 September hingga 9 September lalu mendapati, pergerakan angin direkodkan dari tenggara ke barat data, sementara titik panas dikesan di wilayah Sumatera Selatan.

“Maka ada sesuatu yang mustahil asap yang dikatakan mengakibatkan jerebu di Malaysia dibawa masuk dari Sumatera Selatan,” katanya di pejabat Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK), Jakarta di sini semalam.

Kenyataan yang sama sebelum ini dikeluarkan oleh Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan (LHK), Siti Nurbaya, dua hari lalu.

Menjelaskannya, Dwikorita memberitahu, ekoran itu,asap di Sumatera tidak dapat merentasi Selat Melaka kerana terhalang oleh angin kencang yang bertiup dari arah tenggara ke barat laut itu. -AGENSI