AFP yang memetik jurucakap Kastam, Alvina Christine Zebua sebagai berkata, lapan kontena yang berisi sampah-sarap dan dirampas di Surabaya itu sepatutnya mengandungi bahan buangan kertas.

Namun katanya, hasil pemeriksaan menemukan enam kontena berisi bahan berbahaya dan dua kontena lagi berisi sisa buangan rumah termasuk lampin pakai buang.

Sehubungan itu, Kementerian Alam Sekitar Indonesia sebelum ini mengarahkan supaya kesemua sampah tersebut dihantar semula ke Australia.

Alvina Christine bagaimanpun tidak dapat menjelaskan tarikh kontena terbabit akan tiba di Australia. -AGENSI