Detik News melaporkan, Indonesia menghantar sebanyak lima kontena sampah sarap ke Amerika Syarikat semalam.

Setiausaha Jabatan Pengelolaan Sampah, Bahan Buangan, Bahan Beracun dan Berbahaya, Sayid Muhadhar berkata, kesemua sampah tersebut dihantar ke AS menerusi kerjasama antara Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan dan Jabatan Kastam dan Cukai.

“Kesemua lima kontena berisi sampah itu dihantar semula ke AS di Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya, Jawa Timur.

“Kerja-kerja pemunggahan sampah ke dalam kontena sudah bermula sejak 13 Jun lalu,” katanya. – AGENSI