Pengarah Urusannya, Naza­ruddin Hassan Mohamad berkata, tawaran rebat sebanyak RM500 itu melibatkan beberapa pakej pelancongan menarik ke negara-negara seperti Cina, Iran, Balkan, Jordan, Mesir, Uzbekistan, Korea Selatan dan Indonesia.

Katanya, pakej tersebut boleh didapati pada harga se­rendah RM2,499 melibatkan perjalanan antara tiga hingga 14 hari termasuk pakej penginapan dan makanan di hotel.

"Kami mempunyai tujuh ejen yang akan membuka 40 gerai bagi tujuan menjual produk IBC pada harga sangat kompetitif. Sebagai contoh, pakej Pelanco­ngan ke Turki ditawarkan pada harga sebanyak RM3,999 selama 10 hari tujuh malam dan ia adalah harga di bawah pasaran.

"Di sana, pengunjung akan menikmati beberapa aktiviti secara percuma seperti belon udara panas di Pamukkale, ski resort musim sejuk dan Bhosphorus Cruise," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat mendapatkan pakej pelanco­ngan tersebut boleh berkunjung ke gerai IBC Tours di Hall 3, PWTC atau layari laman web di www.ibctours.com atau meng­hubungi talian 1-300-22-6969.