Sheikh Ahmad Dusuki
SHEIKH AHMAD DASUKI

Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad berkata, keputusan itu bertepatan dengan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, langkah tersebut jelas membuktikan kerajaan amat tegas dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan itu.

"POKB dukacita kerana Kementerian Kesihatan tidak peka kepada kepentingan negara dan mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada negara.

"Saya harap keputusan ini dapat merungkai semua persolan dan tidak menjadi terus dijadikan sebagai polemik politik," katanya ketika menghubungi UTUSAN ONLINE di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet telah mengambil keputusan menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD 41.

Malah Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan jemaah menteri akan mencadangkan supaya Akta Perubatan 1971 dipinda untuk mewajibkan perkhidmatan Pegawai Perubatan selama dua tahun selepas tamat housemanship dan memasukkan syarat kelulusan bahasa Melayu. - UTUSAN ONLINE