Perhimpunan Ummah Melaka Bantah Penghinaan Nabi Muhammad anjuran Pembela Ummah Melaka itu turut menggabungkan UMNO dan Pas Melaka serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang ramai.

Terdahulu, mereka ber­kum­pul di Masjid Kampung Hulu untuk menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah sebelum berarak menuju ke Dataran UTC.

Pengerusi Pembela Ummah Melaka yang juga Timbalan Penge­rusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Moha­mad berkata, kehadiran ri­bu­an umat Islam menyokong perhimpunan itu merupakan isyarat jelas rasa ketidakpuasan hati umat Islam di seluruh negara.

Menurutnya, orang ramai tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam menangani isu beberapa individu bersikap memperle­kehkan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Individu yang melakukan per­kara ini jelas melanggar syarat Islam sebagai agama Persekutuan. Ketua Hakim Negara serta Peguam Negara patut bertindak pantas terhadap pihak yang menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW tetapi ia tidak berlaku.

“Kita bimbang jika perkara ini tidak ditangani dengan betul, lebih ramai lagi individu akan mela­kukan perkara sama sekali gus mencabar kesabaran orang Islam yang selama ini sangat bertole­ransi dengan agama-agama lain.

“Perhim­pu­nan ini s­­yarat jelas umat Is­lam bang­kit­ mem­­ban­­­tah pi­­hak yang mem­per­­ke­cil­kan aga­ma Islam,” kata­nya ketika di­temui pem­berita di sini.

Yang hadir sama, Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek.

Sementara itu, Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, perkara seperti penghinaan terhadap agama dan Nabi Muhammad ini tidak berlaku pada pemerintahan kerajaan terdahulu, malah kerajaan berusaha mengekalkan perpaduan rakyat berbilang agama di negara ini.

“Selama 61 tahun kerajaan sebelum ini berupaya memelihara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan selain terus mempertahankan Akta Hasutan.

“Kami kesal, apa yang dilakukan kerajaan sekarang sehingga dengan senangnya membebaskan individu yang menghina Rasulullah. Lepas ada banyak perhimpunan seperti ini barulah mereka menahannya semula untuk didakwa di mahkamah,” ujarnya.