Presiden Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) Syed Osman Mohamed berkata, ia juga memastikan kerajaan berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang atau rule of law dalam menangani gejala ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Isu penghinaan agama ISlam dan Nabi Muhammad SAW bukan perkara baharu dan pelbagai perkara dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab terutama melalui media sosial.

Apa yang menimbulkan persoalan mengapa individu iaitu pemilik Facebook, Foo Sing Wai tidak dikenakan tindakan. Hanya reman tiga hari sahaja sedangkan isu yang dibangkitkan ini jelas menggangu keharmonian kaum.

Malah jika ada penghinaan kepada PDRM sekalipun hukuman yang dikenakan boleh dipenjara selama 6 bulan.Mengapa isu ini tidak dipandang serius?

Timbul pelbagai persoalan. Adakah sistem perundangan terutama Jabatan peguam Negara hanya 'membutakan mata' apabila isu ini bangkit? Ketepikan soal politik.Kerajaan perlu berpegang kepada konsep 'Rule of Law' seperti yang di canangkan sebelum ini.

Sudah tiba masanya Kerajaan perlu lebih bertegas dalam apa jua isu penghinaan kaum tanpa mengira latar belakang. Kami mendesak supaya Akta Kebencian Agama dan Kaum dilaksanakan secepat mungkin.

Adalah sesuatu yang membahayakan jika isu ini berlaku lagi dimasa akan datang.Kami bimbang ada ada pihak yang akan mengambil tindakan sendiri jika perkara sedemikian berlaku lagi.

Apa yang membimbangkan, kini masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab menghina agama terlepas .Pemilik akaun Facebook Sally Yen yang turut menghina agama Islam perlu diheret ke muka pengadilan. Kami menggesa kerajaan kali ini lebih tegas dan kenakan tindakan terhadap Sally Yen.

Kementerian Komunikasi perlu bertanggungjawab pantau media sosial dan sekat jika ada sebarang unsur penghinaan agama atau kaum demi menjaga keamanan negara.

Oleh itu kami sebagai sebuah NGO memandang serius isu ini dan akan berdiri teguh bersama PIHAK BERKUASA & NGO lain dalam mempertahankan segala perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan demi agama, bangsa dan negara.Kami juga menyeru semua NGO Islam terus bersatu. - UTUSAN ONLINE