anggota tentera di Balai Polis Jelapang di sini hari ini.

Yew Yin, 87, tiba di balai polis berkenaan pada kira-kira pukul 3 petang menaiki kereta jenis BMW ditemani isterinya manakala peguamnya, Leong

Cheok Keng tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Yew Yin keluar dari balai polis berkenaan pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurut peguamnya, Yew Yin disiasat di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau berkata, Yew Yin memberi keterangan yang dikendalikan oleh seorang pegawai penyiasat berpangkat inspektor dari Unit Siasatan Jenayah

Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Yew Yin telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan polis juga tidak akan mengambil apa-apa keterangan lagi daripada beliau buat masa

ini.

"Polis nampaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Yew Yin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis akan merekod keterangan Yew Yin bagi siasatan berhubung

kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam melalui media sosial.

Ini susulan aduan diterima berhubung kenyataan Yew Yin yang didakwa menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Yew Yin dalam laman blognya baru-baru ini menulis anggota tentera hanya makan dan tidur.

Beliau kemudian meminta maaf sambil menarik balik kenyataannya itu. - UTUSAN ONLINE